Editorial + Project Team | Pihak Editorial dan Projek


| Editors | Penyunting | 


Nur Hanim Khairuddin (Co-Editor-in-Chief) is an artist, curator, and writer on arts and culture. She is the owner of Teratak Nuromar, an independent publishing house which also undertakes archival and translation projects. Publications include Raja’ah: Art, Idea and Creativity of Sulaiman Esa from 1950s-2011 (2011) and Bumi Larangan: Zulkifli Dahlan (2017), accompanying exhibitions she curated at the National Art Gallery, Malaysia. She is currently also a co- director of MARS (Malaysian Art Archive and Research Support) and a member of the Industry Advisory Panel of the Cultural Economic Development Agency (CENDANA).


Nur Hanim Khairuddin (Ketua Editor Bersama) adalah seorang artis, kurator dan penulis seni dan budaya. Beliau pemilik Teratak Nuromar, sebuah penerbit bebas yang turut menjalankan projek-projek kearkiban dan penterjemahan. Penerbitan termasuk Raja’ah: Art, Idea and Creativity of Sulaiman Esa from 1950s-2011 (2011) dan Bumi Larangan: Zulkifli Dahlan (2017), mengiringi pameran yang disusunnya di Balai Seni Lukis Negara. Beliau kini merupakan pengarah bersama MARS (Malaysian Art Archive and Research Support) dan anggota Panel Penasihat Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA). 



Beverly Yong (Co-Editor-in-Chief) is a co-founder and director of RogueArt, working as a writer, curator and editor specialising in Southeast Asian art, having spent 12 years as a gallerist. Publications include Between Generations: 50 Years of Modern Art in Malaysia (with Hasnul J. Saidon, 2008), Wong Hoy Cheong: Shifts (with June Yap, 2008), Yee I-Lann: Fluid World (with Adeline Ooi, 2010), Today and Tomorrow: Emerging Practices in Malaysian Art (with Rachel Ng and Adeline Ooi, 2013) and Condition Report: Shifting Perspectives in Asia (with Furuichi Yasuko, 2018).


Beverly Yong (Ketua Editor Bersama) merupakan pengasas bersama dan pengarah RogueArt, dan juga seorang penulis dan kurator bebas dengan pengkhususan dalam seni Asia Tenggara setelah berkhidmat di galeri selama 12 tahun. Antara penerbitan beliau termasuklah Between Generations: 50 Years of Modern Art in Malaysia (bersama Hasnul J. Saidon, 2008), Wong Hoy Cheong: Shifts (bersama June Yap, 2008), Yee I-Lann: Fluid World (bersama Adeline Ooi, 2010), Today and Tomorrow: Emerging Practices in Malaysian Art (bersama Rachel Ng dan Adeline Ooi, 2013) dan Condition Report: Shifting Perspectives in Asia (bersama Furuichi Yasuko, 2018). 



T.K. Sabapathy (Consultant Editor) has published extensively on art and artists in Southeast Asia. His writing has inaugurated important art historical trajectories for appreciating the modern in the region, and especially in Malaysia and Singapore. His monographs of artists such as Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng and Redza Piyadasa have established significant benchmarks for artist publications in the region. He is currently an adjunct associate professor in the Department of Architecture in the National University of Singapore, where he teaches the history of art.


T.K. Sabapathy (Editor Pensihat) telah menulis berbagai-bagai esei dan buku berkaitan seni dan pelukis- pelukis Asia Tenggara. Tulisan-tulisan beliau telah merangka trajektori-trajektori utama pensejarahan seni dari sudut apresiasi seni moden, khususnya di Malaysia dan Singapura. Kajian-kajian beliau dalam bentuk monograf mengenai beberapa pelukis, seperti Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng dan Redza Piyadasa, menjadi penanda penting kepada perkembangan penulisan kritikan tentang pelukis-pelukis Asia Tenggara. Beliau kini berkhidmat sebagai Profesor Madya di Jabatan Seni Bina di Universiti Nasional Singapura, di mana beliau mengajar sejarah seni. 



Rahel Joseph (Co-Editor, Volume 3) is a writer and independent curator. She was formerly Director of Cultural Relations at the Australian High Commission Kuala Lumpur and Head of Exhibitions and Public Programmes at Galeri Petronas.


Rahel Joseph (Editor Bersama, Jilid 3) adalah seorang penulis dan kurator bebas. Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Perhubungan Kebudayaan di Suruhanjaya Tinggi Australia Kuala Lumpur dan Ketua Pameran dan Program Awam di Galeri PETRONAS. Pada tahun 2011, beliau menubuhkan Smart Arts, sebuah syarikat perundingan editorial dan seni. Beliau kini pengarah galeri ILHAM Kuala Lumpur. 



Tengku Sabri Ibrahim (Co-Editor, Volume 3) is an artist, writer and academician. he received his art education and training in sculpture at Institut Teknologi MARA (now UiTM). Editor of the art journal Tanpa Tajuk from 1995 to 2000, he currently teaches humanities at the Faculty of Creative Multimedia, Multimedia university, Cyberjaya.


Tengku Sabri Ibrahim (Editor Bersama, Jilid 3) adalah seorang artis, penulis dan ahli akademik. Beliau menerima pendidikan seni serta latihan dalam bidang arca dari Institut Teknologi MARA (kini UiTM). Merupakan penyunting jurnal seni Tanpa Tajuk dari 1995 hingga 2000, beliau kini mengajar subjek Kemanusiaan di Fakulti Multimedia Kreatif, Universiti Multimedia, Cyberjaya. 



Rachel Ng (Maps & Timelines Editor, Volume 3) graduated with an Arts Management degree from UNIMAS and teaches management for artists at Dasein College of Art. Formerly a manager of a leading regional art gallery, she is a co-founder of RogueArt.


Rachel Ng (Editor Peta & Susurmasa, Jilid 3) mendapat pendidikan dalam bidang Pengurusan Seni di Universiti Malaysia Sarawak. Sebelum ini beliau merupakan pengurus galeri Valentine Willie Fine Art (2000–2008). Beliau juga adalah pengasas bersama dan Pengarah RogueArt, dan mengajar subjek praktis profesional untuk artis visual di Dasein Academy of Art. 



Yap Sau Bin (Co-editor, Volume 4) is an artist, and teaches as a specialist at the Faculty of Creative Multimedia, Multimedia University. He is also a founding member of the artist collective Rumah Air Panas, and is involved in curatorial projects, art programming, exhibitions and speaking and writing on contemporary art practice, both locally and abroad.


Yap Sau Bin (Editor Bersama, Jilid 4) seorang artis, dan pensyarah pakar di Fakulti Multimedia Kreatif, Universiti Multimedia. Beliau juga salah seorang pengasas dan anggota awal kolektif seni Rumah Air Panas, dan terlibat dalam pelbagai projek pengkuratoran, program seni dan pameran, serta menulis dan memberi syarahan di dalam dan luar negara mengenai praktis seni rupa kontemporari. 



Simon Soon (Co-editor, Volume 4) is an art historian and a curator. He has written on various topics related to 20th-century art across Asia, and is a co-founder and co-editor of the journal SOUTHEAST OF NOW: Directions in Contemporary and Modern Art in Asia. He currently teaches Art History at University of Malaya, as senior lecturer for its Visual Art programme.


Simon Soon (Editor Bersama, Jilid 4) merupakan seorang sejarawan seni dan juga kurator. Beliau telah menulis pelbagai topik berkaitan seni rantau Asia pada abad ke-20, dan merupakan pengasas bersama dan pengarang bersama jurnal SOUTHEAST OF NOW: Directions in Contemporary and Modern Art in Asia. Beliau kini mengajar bidang Sejarah Seni di Universiti Malaya sebagai pensyarah kanan program Seni Visual. 



| Contributors | Penulis |


This is primarily a publication of new writings but also includes some seminal essays and other material that have contributed to our understanding and views of Malaysian art, as well as interviews with artists and key people involved with the development of the art scene over the decades, and larger discussions and forums with stakeholder groups.

The NMA project has worked with over 200 contributors including art historians, art writers, curators, artists, institutional heads, academics, specialists from other disciplines, cultural writers, art workers, and members of the general public.


Ini terutamanya penerbitan tulisan baru tetapi juga merangkumi beberapa esei dan bahan lain yang telah menyumbang kepada pemahaman dan pandangan kita mengenai seni Malaysia, serta wawancara dengan para seniman dan orang-orang penting yang terlibat dengan perkembangan adegan seni selama beberapa dekad, dan perbincangan dan forum yang lebih besar dengan kumpulan pihak berkepentingan.


Projek NMA telah bekerjasama dengan lebih daripada 200 penyumbang termasuk sejarawan seni, penulis seni, kurator, seniman, ketua institusi, akademik, pakar dari disiplin lain, penulis budaya, pekerja seni, dan anggota masyarakat umum.



| Publisher and Project Manager | Penerbit dan Pengurus Projek |


RogueArt is a partnership based in Kuala Lumpur specialising in the creative, strategic and organisational management of art and cultural projects, exhibitions, collections and publications. We believe that existing cultural institutions, and the private and corporate sector have much to give, and to gain, in supporting contemporary cultural production. At the same time, we hope to explore alternative modes of presenting, thinking about and looking at art and culture in the regional context.


RogueArt adalah perkongsian yang berpusat di Kuala Lumpur yang mengkhususkan diri dalam pengurusan kreatif, strategik dan organisasi projek seni dan budaya, pameran, koleksi dan penerbitan. Kami percaya bahawa institusi budaya  dan sektor swasta dan korporat ada banyak memberi, dan memperoleh, dalam menyokong pengeluaran budaya kontemporari. Pada masa yang sama, kami berharap dapat meneroka kaedah alternatif untuk penyampaian, memikirkan dan melihat seni dan budaya dalam konteks serantau.